Monday 17 November 2014

biar betul ! nak bersalin da ke aku??

Assalamualaikum.. sejak kahwin, xpernah update langsung blog ni... tup tup da ada anak daaaaaa.... hehe.. alhamdulillah.. how time flies.. nanti2 aku #throwback balik apa yang berlaku sepanjang kehilangan aku dari blog ni... hehehe....

Entri kali ni, aku nak share sikit pasal situation aku terkejut beruk apabila tanda2 nak bersalin keluar seawal minggu ke-34 aku mengandung... haaa kau ! nak sgt bersalin awal, kan daaaa... mendapat !

Cerita dia bermulaaaa... cehh... unsur suspen wajib ok ! haha.. time ni tgh raya.. and betapa bahagianya aku beraya sakan, abes semua makanan aku lantakkan.. haha.. maklumla sebelum nak berpangtang, bedal je la semua.. sepanjang beraya, setiap orang yang tengok perot aku semua kata baby beso.. but seriously mmg aku mengembang gila masa pergnant.. bayangkanlah... dari berat aku 57kg capai 75kg... hebak bak hang ! then, semua org igt mmg nak besalin da.. padahal baru 33 minggu je time raya tu.. yang penting, tanda2 nak bersalin tu macam da timubl sikit2.. antara simptom2 nya termasuklah sakit pada pangkal peha, pastu mcm da berat je kat bahagian bawah.. orang kata kalau kaki da sembab, memang tanda nak bersalin.. tapi, mcm x boleh pakai teori ni kat aku sebab aku punya sembab since 6 bulan lagi da ada... haha.. bukan kaki je sembab, sampai naik ke muka sembabnya... hahahah...

Dengan tanpa rasa bersalah, aku beraya lah dengan bahagiana bersama encik suami dan keluarga <3
ha nampak.. betapa mengembang je mak buyung !


cuti raya kan seminggu je.. habes je cuti raya, aku dgn encik suami pon balik la ke bera.. tempat kami mencari rezeki.. isnin keje, so ahad tu la kami balik...3 ogos 2014.. malam tu, gigih aku mengemas rumah.. mengemop, sapu sawang, menyusun barang.. ye la kan, konon org nak raya nnti... lepas je mengemas, aku lepak2 kejap dpn tv dgn adi..borak2 la konon nk beli sofa esok sbb aku mmg da x larat sgt nk duduk kat lantai.. nak bangun dengan perot boyot camtu, aishhh.. mmg menyeksakan.. 

habis je sesi pillow talk, kitorg pon masuk la ke bilik.. malam tu adi tidur awal.. dalam pukul 9 camtu.. tapi, aku mmg xdapat nk tidur.. xtau la kenapa.. mmg xdapat nk lelap mata.. serba tak kena.. ulang alik g bilik air... asek nak buang air je.. akhirnya, aku decide nak buat solat sunat n baca al quran.. lepas habes baca surah yusuf, aku pon tidur dgn niat dalam hati, "Ya Allah, kalau da tiba masa untuk aku bersalin, permudahkanlah jalanku"... 

ok, cerita next.. aku bersalin ke tak?? next entry ok ! stay tuneeeeeddd :)





















^_^ thanks for spending y0ur time..like je kalau suke ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...