Thursday 27 November 2014

Cara penyimpanan perahan susu ibu

Hello semua..

Entry kali ni aku nak cerita sikit cara nak menyimpan susu perahan.. Bukan apa, ramai yang tak tahu cara nak simpan.. Nak2 ibu2 baru macam aku.. Aku selalu search dan tanya pada orang pasal cara nak simpan susu.. Baby fathi pramatang, dan tempoh masa susu badan yang boleh guna berbeza dengan baby normal.. 

Cara penyimpanan susu ibu ni sgt penting sbb kalau salah, susu boleh rosak dan segala nutrisi dalam susu tak dapat dikekalkan.. Bukan cara nak simpan je, cara nak kendalikan pon penting.. Macam nak cairkan, panaskan dan lain2.. Rugi la kalau salah cara, hilang nutirsi.. Ish rugi2.. Okey dipendekkan cerita, tgok jadual penyimpanan dan pengendalian susu ibu ni :) moga bermanfaat untuk semua.. 


 
              Sumber : pakcik google 
 

         Sumber : pakcik google jugak ! 

Okey ! Enjoy parenting !! 


^_^ thanks for spending y0ur time..like je kalau suke ^_^

..anak ku prem baby..

Assalamualaikum.. 

Entry kali ni aku nk cerita sikit pasal my baby fathi hadif.. Pada entri sebelum ni, aku da btau yg fathi ni special.. Dia lahir pada usia dia hanya 34weeks.. Bahasa mudahnya, x ckup bulan la.. Dan entri ni aku tujukan khas untuk ibu2 macam aku.. Supaya bersedia n lebih bersemangat dalam membesarkan baby2 prem..

Berbalik kepada kisah fathi.. Sebaik sahaja fathi lahir, fathi bergegas di bawa ke NICU.. Tapi aku bersyukur sangat sbb dia lahir dengan tangisan yang agak kuat which means dia dapat bernafas dgn baik.. Alhamdulillah..

Sesudah selesai urusan keluarkan uri, cuci, jahit, aku telah di consult oleh seorang dr pakar mengenai condition fathi.. Mmg agak takot.. Doc ckp fathi perlu diberi antibiotic memandangkan dia x ckup bulan.. Dan dose antibiotic tu akan habes in 5 days.. If everything ok, fathi akan dibenarkan balik.. So far, tak da news yang tak baik.. Doc cakap fathi ok, cuma antibiotic tu diberi utk prevent fathi form infection..

Selesai semua, aku ditolak ke wad.. Sedih hati tgok org semua ada baby kat bed.. Aku sorang je.. Baby dalam nicu.. Mengalir jugak air mata bayangkan anak sorang2 kat situ.. Macam2 yang terlintas.. Dalam inkubator ke dia? Minum susu tak dia? 

Dalam pukul 5 petang, 4 Ogos 2014, itula kali pertama aku dapat tatap wajah suci fathi hadif..ya Allah, besarnya nikmatmu.. Alhamdulillah, fathi tak kena duduk dalam inkubator.. Cuma dia dipasang tiub utk menyusu sbb sucking skill dia belum consistent.. Sedih tgok tube kat mulut dia.. Tp masih bersyukur fathi cukup sifat dan sihat.. 

Hari pertama, masih tak berpeluang utk bg susu badan pada fathi.. Memang x keluar susu langsung.. Kesian fathi.. Kena minum susu formula.. Tp nurse kata perot fathi kecil.. Hanya 5ml je dia die minum on his first day.. Dan diorg akan feed fathi setiap 3 jam.. 

Macam tula rutin fathi kat nicu.. Aku dibenarkan pulang pada hari esok.. Nak stay kat hospital dgn fathi x boleh.. Katil full.. So aku balik n rehatkan diri.. Mmg letih sgt.. Mentally, physically.. Esoknya, akk tukang urut datang.. Lepas je sesi mengurut, Alhamdulillah, susu badan keluar walaupun x banyak.. Tapi cukup untuk fathi sbb sekali dia minum mmg tak lebih 10ml.. 

Setiap hari, aku n adi akan datang ke nicu dan hantar susu..jahilnya kitorg masa awal2 hantar mcm tu je.. Tak simpan dalam ais.. Sampai2 je, nurse kata susu ni x boleh pakai.. Sbb da terdedah dgn suhu luar.. Patotnya kena letak dalam ais n kekalkan suhu dia.. Sedih... Da la susu sikit.. Gigih perah manual sbb x beli lagi pump elektrik.. Last2, buang.. Xdapat la fathi colostrum yg sgt diperlukan oleh baby especially bby mcm fathi.. Xde rezeki :( 

Day by day susu makin banyak.. Cuma masih sedih sbb x dpt nk bg direct bf.. Fathi x pandai suck lagi.. Dan aku percaya pada instinct n rangsangan ibu pada anak.. Aku kena cuba.. Manalah tau, bila aku try tiba2 fathi pandai.. Dan aku minta pada nurse utk cabut tube pd mulut fathi.. Aku nak cuba bagi direct bf.. N petang tu aku try.. Ya Allah.. Besar kuasa Allah, fathi pandai hisap.. Walaupun just 2 to 3 kali sucking, its better than never rite? Lama2 nnti pandaila dia.. Alhamdulillah berkat doa kami.. 

Selama 2 minggu rutin kami mcm tu sampaila fathi dibenarkan keluar... Mula la rutin baru di rumah :) nanti aku share cerita aku handle baby fathi yg sgt2 kecil tu.. Hehe..

N one more thing, susu ibu adalah susu terbaik.. Kita kena niat untuk bagi susu badan pada baby.. InsyaAllah akan ada susu tu nanti.. Baby prem ni, hanya susu ibu yang sesuai untuk dia sebenanya.. Bak kata doc tu, susu ibu la susu yang paling sesuai utk bby2 prem ni sbb xde susu lain yang dapat fulfill keperluan perut dia..tp if xda rezeki nak ada susu badan, nak buat mcm mana kan.. Ni semua rezeki pinjaman Allah :)


      Atas ni gambar fathi masa kat nicu.. 

Ok, jumpa di next entry.. Happy parenting!! 


^_^ thanks for spending y0ur time..like je kalau suke ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...